aku sms "hi"
tapi tiada balasan. entah. mungkin dia sibuk, mungkin dia tidak menyedari sms dari aku, mungkin dia pergi berenang atau berlari-lari anak.
pertama.
salah aku kerana mengganggu privasi dia. salah aku kerana men-delete Zalikha dan Cik Sepet. Aku terlalu emosi. Cemburu. ah! tapi aku memang benci setiap kali nama itu muncul dalam kehidupan aku. dan aku suarakan ketidak senangan aku sekarang. tapi walaubagaimanapun memang salah aku. dan aku minta maaf dengan perlakuan aku itu. seperti keanak-anakkan aku. ah~ sungguh aku malu dengan diri aku sendiri. sungguh aku yakin aku memang takkan serasi bersama dengan dia lagi.
kedua.
aku pandang cincin yang tersarung di jari manis. sejak semalam aku memikirkan; layakkah untuk cincin ini berada di jari aku? seperti tidak cantik nampaknya. seperti tidak sesuai dengan jari aku yang kering dan bertulang cuma.
aku tanggalkan perlahan-lahan untuk pertama kalinya.... betul kah dengan keputusan yang kami buat dulu? layakkah cincin ini? sesuaikah aku dan dia? aku letak cincin itu di atas keyboard laptop kepunyaanku yang sengaja aku pilih serupa dengannya. kononnya jika aku beli serupa; terasa dia sentiasa dekat denganku. aku padam semua sms dari Nokia. tabiat luar sedar aku selepas mendapat cincin, akan aku putar-putar cincin itu setiap kali aku cuba mencari jalan penyelesaian. tidak selesa aku tanpa sebentuk cincin belah rotan di jari manis... aku pandang ke keyboard.... ingin bermain-main dengan cincin, mungkin dapat melarikan diri daripada memikirkan kenapa dia masih belum membalas sms; sms yang berikutnya sudah tersedia di dalam draft; tentang pertama. dalam masa kurang satu minit; cincin dah tiada di atas keyboard. mungkin tergolek ke atas lantai di luar kesedaran? mungkin di atas katil? di bawah katil? tiada! aku pasti aku letak di atas keyboard! aku pasti itu.
shit! apa yang aku dah buat ni??? in a spilt second cincin hilang. Esakkan pertama meletus. Aku cari lagi. Selakan demi selakkan. Aku lipat kain selimut. mungkin terjatuh di celahan selimut. Ya Allah. tak ada juga. Mungkin Allah memberi aku pertunjuk?? aku dah redha... cincin hilang...sesak nafas kehilangannya...
lantas ku capai hp dan panggilan dibuat kepada GG. GG di dalam Komuter. agak suka dia ingin mendengar tambahan lagi dengan esakan aku. handphone di matikan...5 minit dia akan call semula. terbaring aku di atas katil memandang bilah2 kipas di syiling bilik. mungkin ini pertunjuk yang Allah ingin berikan kepada aku; mungkin memamg benar aku dan dia bukan diciptakan untuk bersama. cincin yang dia beri; yang aku sayang... hilang dari pandangan dalam sekelip mata. Allah itu maha besar dan aku berserah kepadanya.
ku pusingkan badan ke arah laptop. Cincin.... masih di tempat tadi...
Ya Allah; apa yang kau cuba sampaikan kepada aku?
No comments:
Post a Comment
Mereka Pun Berbicara