Sunday, February 27, 2011

siapa yang tahu?

pelajar : teacher, ni teacher punya ka? rantai ka nie? teacher pakai pulak benda2 macam nie? 
*sambil jari telunjuk menghala ke rantai2 yg aku gantung di dalam kereta*
aku : ini rantai, tapi teacher tak pakai. teacher beli masa teacher p new zealand tahun 2008. ini simbol masyarakat maori, maksudnya "regrowth" atau kehidupan semula. yang nie pulak kompas. handmade. teacher beli masa kat Aquaria, KLCC. tp teacher tak pakai menatang ngarut nie.
pelajar : oowhhh...


"Koru" yang aku beli semasa aku ke New Zealand 3 tahun lepas. Symbol  masyarakat Maori yang membawa maksud kebangkitan semula atau permulaan baru atau yang sama maksud dengannya. bukannya aku percaya benda tahyul masyarakat ini, cuma itu untuk peringatan aku supaya untuk memulakan kehidupan baru aku selepas apa yang berlaku. dengan semangat untuk hidup semula lah aku memulakan langkah penuh yakin di bumi Pulau Mutiara ini. setiap kali aku pandang loket "Koru" ini aku mendapat semangat untuk terus kuat dalam menghadapi "the unknown" dan Alhamdulillah. Aku berjaya melupakan apa yang berlaku. ah! aku yang hebat, bukan "Koru" aku hanya pinjam simbol itu untuk mengingatkan aku.

Loket yang kedua adalah kompas. yang sering mengingatkan aku untuk mencari seorang yang mampu untuk membimbing aku ke jalan yang benar dan betul. yang boleh menjadikan aku sebagai teman dia dalam mencari arah dalam kehidupan ini.





tak. aku pun tak tahu apa yang akan berlaku.

No comments:

Post a Comment

Mereka Pun Berbicara