Hari ini teringat Alex.
Mamat yang aku kenal masa tukar brek kereta untuk pertama kalinya.
Dia orang pertama yang ajar aku pasal kereta.
Pertemuan kami agak lama juga...sempat lah berborak panjang...
Pada masa itu aku sorang-sorang. Biasalah aku. Semua buat benda sorang-sorang. Aku tak suka menyusahkan orang lain. Masa sampai di bengkel... hanya ada kereta aku dan dia. Dia mundar mandir ke depan dan belakang bengkel. Mungkin kebosanan. Being me...aku buat bodoh saja. Alex menghampiri aku dan menegur. sekadar berbahasa. Dia ingat aku Cina.
Kami berkenalan ringkas. Ah! baru aku ingat... waktu itu cuti CNY. Dia menghulurkan name card. Dia bekerja di Pulau Pinang. Ayahnya punya kilang di sana. "Anak orang kaya rupanya" bisik aku di dalam hati. Kami berborak ringkas tentang tujuan aku di bengkel. Perbualan kami berkisar kepada kereta sahaja. dia menerangkan kepada aku part-part yang ada pada tayar kereta. Aku hanya mendengar perbualannya yang kadang-kadang Melayu..kadang-kadang English *comel* sambil tangannya menunjuk-nunjuk Mr Jesse.
Selepas beberapa ketika....terus terang...dia minta no telefon aku. "Ah. Suka aku dengan lelaki cina ini"
Yup. aku suka dengan lelaki yang straight forward jika ingin berkenalan. aku berfikir sejenak sama ada ingin memberi atau tidak no kepada beliau. dan ya. aku sebut no telefon aku. jelas. jelas.
buat beberapa ketika kami berhubung sementara. dia bersekolah di sekolah yang sama semasa aku Tingkatan 6. Malangnya selepas SPM dia terus bekerja dengan keluarganya..kalau dia terus Tingkatan 6...tentu kami dapat berkenalan sejak di bangku sekolah lagi =)
Alex sering menghubungi aku semasa di awal perkenalan kami tapi....semakin lama aku semakin sibuk dengan pekerjaan aku... Pada masa yang sama Alex ada mempelawa aku untuk keluar beberapa kali. tapi entah mengapa....aku sering menolak. Akhirnya Alex hilang begitu saja....
Hari ini aku teringat Alex... mungkin sebab aku banyak tengok cerita Korea akhir-akhir ni.
No comments:
Post a Comment
Mereka Pun Berbicara