Monday, January 7, 2013

Stokin Orange MTG

selepas hampir setahun aku mimpi Mr Tulip Guy semalam.
Aku menumpang di rumah kawan.
Waktu lunch tiba-tiba aku ternampak dia di ruang tamu sedang menonton TV.
Balik berehat mungkin...

Aku berjalan pelahan-lahan.
Gusar kehadiran aku disedarinya..
Dia masih seperti dulu.
Berambut panjang paras bahu.

Aku cuma mampu memerhati dia dari belakang. Melepaskan rindu yang membungkam dada.
Dia menoleh. dengan pantas aku berlari masuk ke dalam bilik.
fuh! nasib baik...

Ketika aku keluar kali kedua dari bilik...
Kelihatan dia sedang nyenyak tidur di atas sofa...
Kasihan...Penat sangat mungkin...
Stokin pun belum ditanggalkan..

Ya.
Aku cuba menanggalkan stokin itu.

Pagi ini ke sekolah aku pakai baju kurung kuning bunga-bunga orange dan tudung bawal orange.
Sempena warna stokin MTG.





"The whole of life becomes an act of letting go,
 but what always hurts the most is not taking a moment to say goodbye." 
-Life of Pi (2012)

No comments:

Post a Comment

Mereka Pun Berbicara