Malam ini hati melonjak lonjak lagi.
Kepingin. Kepingin sangat
Ada satu perasaan malu yang sangat mendalam. Acapkali jika tidak keluar dari rumah alasan yang dibisikan kepada hati kerana malas, hakikatnya tidak ada pakaian yang sesuai. Malu untuk memakai apa yang ada sekarang. Seperti berbogel saja... Sepertinya aku lebih selesa berbaju kurung atau berseluar slack dan kemeja besar. Selepas sekolah terus makan, disebabkan baju yang elok tiada aku keluar lewat malam untuk makan malam supaya kurang mata yang memandang. Baju yang lain semuanya sudah dihantar pulang ke kampung cuti raya yang lepas. Semalam ketika berada di Komtar... Kaki pula seperti diminta minta untuk disaluti... Mata memandang ke bawah, Malu melihat kaki sendiri...
Malam ini hati melonjak lonjak lagi...
Untuk menutupi seluruh wajah ini dr tatapan masyarakat...
Tapi takut... Takut untuk mengambil keputusan itu.. Takut kiranya tidak dapat kupikul tanggungjawab itu... Takut kiranya hati ini ampuh...ditengah jalan wajah ini ku telanjangkan lagi... Takut sangat...
Jadi kutahankan lonjakan hati ini. Ku pujuk... Bukan saatnya lagi...
No comments:
Post a Comment
Mereka Pun Berbicara