Ohoiiii~ che mek molek ohoiiii~ dah dekat bulan posa nie lapaq che mek molek la puler.
Ohoiiii~ post sebagai Pegawai di PPD masih kosong rupanya. Ingatkan sudah ditawarkan kepada orang lain. Aku dah golek golek kiri dan kanan tanda gembira tidak terperi. Sekali nama aku untuk calon post itu masih ada. Ohooooiiii~ serabutnya kepala bagaikan berus sabut! Lagi 6 bulan. Ohoiiiiiii~
Ohoiiii~ temptation untuk mendapatkan post itu tersangatlah tinggiiiiiiiii~ tapi tapi tapi, kalau tiba tiba tergatai nak kawen dengan orang yang bukan duduk di Pulau Pinang bagaimana? Owh owh owh #myfuturehusband cepatlah muncul. Barulah ku tahu kemana arah tujuku. Kalau boleh muncullah sebelum akhir tahun nie. Kalau orang Penang ka, Kedah ka, Perlis ka, Perak ka... Boleh aku sambar saja post itu, ulang alik buat 3 4 tahun apa salahnya kannn? Tapi kalau #myfuturehusband orangnya selatan ke, pantai timur ke...ohoiiiiiiii~ *migrain*
#myfuturehusband, muncullah cepat kerana saya ingin plan future saya pula bersamamu. Takkan laaa kita nak PJJ pula. Dah la lambat ketemu, bila ketemu kena percintaan jarak jauh pula.
Nota Kaki : Bonda pesan kali ke 3 org masuk takleh tolak dah. OMD! Saya bersetuju dengan bonda. Mari kita tengok siapa yang kenaaaaaa~~ (~_~;)
P/s It's because I like you, I don't want to be with you. It's a complicated emotion. –Marlin (Finding Nemo)
No comments:
Post a Comment
Mereka Pun Berbicara