Tuesday, June 14, 2011

Tanpa Tajuk


Terjengket-jengket Nur di hadapan pintu balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Wajah yang dinantikan masih belum kelihatan.

"Betul ke ni... Cakap transit pukul 8 dari KLIA. Sepatutnya dah sampai," keluh Nur.
Jam tangan yang dihadiahkan sempena hari lahirnya yang ke 27 tahun dibelek lagi.
"Selalu buat lawak lah dia nie!" bentak Nur.
"Nur!!! Dah lama tunggu?!!!"
"Eh hitam kau!!!"
"Oh shit! I wasn't expecting that. My first real life conversation with you was hitam??!!"
"Hei! Tak baik tau!! Bila sampai? Nur tak nampak pun. Where's your luggages? Beli tak barang Nur pesan?!!"
"Hahaha! Ok. Now, this is my Nur. Assamualaikum sayang"
Muka Nur merah padam...


Itulah pertemuan pertama Nur dan Shafiq selepas 2 tahun Nur melawat GoldCoast, Australia. Tiada rezeki untuk bertentang mata di sana; hanya panggilan telefon.

"Eh? Kenapa pakai sebelah kiri?"
"Bukan memang dipakai sebelah kiri kan?"
"Kanan lah dear"
"Nanti kahwin?"
"Tanggal yang ini, pakai yang kahwin di sebelah kanan, yang ini di sebelah kiri. Tanggalkan"

Shafiq menyarungkan cincin pemberiannya 2 tahun lepas di jari manis kanan Nur.

"Okay. Dah sah awak jadi tunang saya."
"Hah! Mana boleh! Belum jumpa parents saya, parents awak!"
"Okay. Kita singgah rumah parents saya dulu. Nak kenalkan bakal menantu mereka"

Terpinga-pinga Nur di dalam kereta. Ada getaran di hatinya...

No comments:

Post a Comment

Mereka Pun Berbicara