Dalam setiap diri manusia ada kekuatan dan kelemahan. Tapi yang selalu manusia nampak adalah kekuatan dia. Manusia alpa akan kelemahan yang menyebabkan orang sekeliling benci kepada seseorang itu.
Aku kuat menangis. Kuat sangat *sigh* aku tak tahu kenapa. Aku tonton kartun Rio pun aku menangis. Aksi dia jatuh dari pokok hanya beberapa minit sahaja. Aku terlampau meletakkan diri aku di dalam kasut orang. Kalau aku burung tu, aku jatuh mak aku taktau...nanti ada binatang makan mcmana? Ada orang tangkap, aku mati tak cukup makanan; semua benda2 ngarut tuh bermain2 dalam kepala hotak aku nie. Terlalu sensitif. Tapi pabila orang sekeliling menangis pada aku; aku seperti tiada perasaan; poker face. Selepas itu mulalah aku mencari mangsa untuk mendengar tangisan aku pula...*sigh* kadang kadang aku risau sangat jika Si Kacak memandang aku sebagai lemah... Bukannya aku lemah cuma aku meletakkan diri aku di tempat mereka... Aku harap si kacak seperti abah. Memahami. Mama pun selalu nangis tengok hindustan and drama melayu. Selalunya kami berdua lah akan menangis bersama sama. Hahaha!
Si Kacak. Sorry ye sebab saya selalu ngangis kat awak. Saya tahu awak tak suka perempuan suka nangis...tp if one day awak dah jemu and nak tinggalkan saya sbb kuat nangis..awak terus terang cepat2 ok?

No comments:
Post a Comment
Mereka Pun Berbicara