Sunday, April 17, 2011

Mas dan hantaran kahwin.

Few years back.

Aku : abah, nanti along nak kawen mas kawen along, along nak minta al quran, telekung and sejadah saja...

Abah : lepas tu kalau jadi apa2 kat suami; mana duit simpanan? Mas kawen tu la bekalan if jadi apa2. Mati ka bercerai ka.. Tau tak? *nada keras di situ*

Aku : owh...mana nak tau. *dalam hati* (Along nak kawen sbb nak cari orang yg boleh pimpin along dr segi agama, duit boleh cari sendiri)

dan niat aku untuk berkahwin masih sama; untuk mencari seorang lelaki yg boleh memimpin aku...or lelaki yg boleh membawa aku ke masjid untuk menuntut ilmu bersama2.

Konsep memberi hantaran nie asalnya dari mana eh?

Kalau sahabat handai akan mendirikan rumah tangga, aku yang akan sibuk membuat hantaran.
Tetapi, jika untuk perkahwinan aku sendiri aku tak rasa hantaran itu satu keperluan. Kadang-kadang aku pelik bilamana aku melihat ada sesetengah pihak yang over sangat berbelanja dalam membuat hantaran; in the end selepas kawen korang bukannya pakai pun kasut tumit tinggi. Kan? Hantaran ini sekadar hendak menunjuk2 ke?

Parents kawan2 aku selalu hint aku tatkala aku sibuk membuat hantaran untuk anak2 mereka; "along bila nak kawen? Nanti lambat2 kawen sapa nak buat hantaran? Depa nie mesti dah ada anak time tu...mana leh nak buat hantaran utk along"

"along takyah hantaran. Kalau pihak laki nak bagi gak, hantaran haluih2 saja. xyah letak dalam dulang. Bagi by hand saja...kunci rumah, kunci kereta, kredit card, buku check. Teruih amek simpan dalam handbag"

Nah! Aku tersenyum sinis.

Perkahwinan aku adalah untuk keluargaku bergembira; bagiku yang paling penting hanyalah akad dan bilik pengantin dan makanan untuk kaum kerabatku. Hantaran, pelamin, baju pengantin...ntah. Aku tak perlukan semua tu. Aku hanya perlukan seorang lelaki yg mampu memberi ilmu agama dan memimpin aku ke pintu syurga.

Mas kahwin; orang cakap kalau nak tngok lelaki itu pemurah ke tidak...tengok berapa banyak mas kawen dia akan beri kepada perempuan itu. Konsep mas kawen di perlis mcm pelik sikit. Aku tak suka. Contoh, rm8k. Rm2k mas kawen, rm6k untuk belanjar or hantaran. Meaning hanya rm2k hak mutlak pengantin perempuan. Lagi rm6k boleh guna utk duit kenduri. Wth! Aku taknak. Maybe sebab tu org selalu cakap org perempuan x perlu risau. Korang silap! Kalau lelaki nak bagi rm8k, semua itu adalah mas kawen aku. Duit kenduri, aku akan cari sendiru. Sbb tu aku kawen lambat. Sebab aku nak cari duit reception aku sendiri.

Eh! Btw entri nie aku tulis sebab aku nak cakap, kalau ada lelaki yang nak kawen dengan aku and insist nak bagi hantaran (aku xnak tp kalau nak kasi gak aku terima) antara hantaan yg wajib ada sebuah al-quran yang beliau sudah khatam (aku x perlukan al quran baru, yg lama pun takpe asalkan beliau sudah baca sampai habis) sehelai sejadah (yg pengantin lelaki guna solat 5 waktu) dan sepasang telekung (yang ibunya telah guna untuk solat 5 waktu)

And aku sebenarnya nak buat ini sebagai mas kawen. We"ll se how.

So kalau sesiapa yang ada niat untuk berkahwin dengan aku, boleh start baca al-quran lah. Sebab ada lebih kurang setahun saja lagi masa yg diberi. Kalau xde ape2 sampai May 2012, bakal suami aku adalah pilihan keluargaku.

Sekian.

2 comments:

  1. mas kawin itu wajib.

    ye mmg kita kena cari calon suami yang boleh bimbing kita ke pintu syurga. tapi kita tak tau siapa jodoh kita. kita hanya mampu berdoa dan berusaha agar dipertemukan dan dipanjangkan jodoh. jadi kita kena ada back up plan. ajal maut jodoh pertemuan hak Allah. bukan hak kita. duit mmg kita boleh cari. tapi anggap je la duit dia tuh sebagai initial investment untuk masa depan kita yang belum tentu. duit hantaran aku ada tersimpan dan hanya boleh disentuh 18tahun lagi..huhuhu

    bab hantaran kenduri. ia adalah untuk kenangan kita. apa niat kita? and kita akan dapat apa yang kita niatkan. kalau kita niat nak menunjuk.. maka itu yang kita dapat. kalau kita niat nak menggembirakan hati.. maka kita akan gembira. majlis kawen aku tak semewah/gah orang lain.. tapi aku cukup gembira. aku suka baju aku, aku suka kek aku, aku suka pelamin aku. aku suka semua.. mak aku pun suka dan gembira. its a happy memory.. buat je la sekadar yang kita mampu dan kita nak.. aku tak kisah pasal door gift n kad jemputan. cukup sekadar ada. tapi aku nak aku cantik.. haha.. so baju n make up kena cantik! haha...

    itu aku la. ko aku tak tau...aku cakap jer. terpulang selera masing2. kalau semua kena sama.. nanti ko nak kawen ngn laki aku plakk muahahaha.

    ReplyDelete
  2. yup. sangat setuju. kalau berkahwin pun tak semestinya jodoh kan? ye la...bercerai berai..mati... kalau nak betul2jodoh, jumpa di syurga sana. sebab tuh aku cari orang yang boleh bimbing aku ke syurga. sebab aku nak jumpa jodoh aku kat sana. hopefully, orang yang bbimbing aku tu laa jodoh aku kat syurga. bestnya!

    aku tak kesah pun bab2 hantaran semua nie. yang paling penting benda yang wajib. kalau aku buat pun sebab fmly aku saja la. dah cakap kat adik aku taknak buat hantaran...semua dah bising.. *sigh*

    ReplyDelete

Mereka Pun Berbicara