Monday, April 25, 2011

Dia dan angannya...

Sedar tak bila kita sayang seseorang; bercakap di telefon pantas saja masa berlalu. 2 jam 30 minit. Ahhh~ tak apa. Kalau sayang; aku sanggup berhabis untuknya...

Pelbagai topik jadi perbualan kami, asyik sungguh aku mendengar tawanya. Terselit sedikit rasa rindu...jika di depan mata sudah pasti ku peluk dan kepala diletak di atas ribanya seperti masa lalu........

Dunia berputar pantas; melompat dari satu paksi ke paksi ciptaan kami sendiri. Keluarga, cinta, gembira, airmata...semua bercampur aduk menjadi adunan yang sempurna... Sehinggalah topik yang paling menggelikan hati aku. Sepanjang perbincangan tak lekang senyuman di bibir ini, berputar putar imiginasi membayangkan dirinya. Aku bilang; di hari perkahwinan aku nanti akan tiada hantaran dan pelamin. Terus bantahan yang aku terima. Mengekek ketawaku mendengar imaginasinya. Bilangnya; usah risau. Dia sendiri akan uruskan semua hal remeh temeh. Aku ketawa lagi.

Ahhhh~ terlalu sukar nak diceritakan betapa diri ini menyayanginya.

Jun kita jumpa k. Lepas tu kita berangan lagi.

No comments:

Post a Comment

Mereka Pun Berbicara