Sesungguhnya Islam adalah risalah terakhir yang datang dengan syari’at yang bersifat umum dan abadi. Yang berlaku sepanjang masa, untuk seluruh manusia.
Sesungguhnya Islam tidak membuat aturan untuk orang yang tinggal di kota sementara melupakan orang yang tinggal di desa, tidak pula untuk masyarakat yang tinggal di iklim yang dingin, sementara melupakan masyarakat yang tinggal di iklim yang panas. Islam tidak pula membuat aturan untuk masa tertentu, sementara mengabaikan masa-masa dan generasi yang lainnya. Sesungguhnya ia memperhatikan kepentingan individu dan masyarakat.
Ada manusia yang kuat keinginannya untuk mempunyai keturunan, akan tetapi ia dikurniai rezeki isteri yang tidak beranak (mandul) kerana sakit atau sebab lainnya. Apakah tidak lebih mulia bagi seorang isteri dan lebih utama bagi suami untuk menikah lagi dengan orang yang disenangi untuk memperoleh keinginan tersebut dengan tetap memelihara isteri yang pertama dan memenuhi hak-haknya.
Ada juga di antara kaum lelaki yang kuat keinginannya dan kuat syahwatnya, akan tetapi ia dikurniakan isteri yang dingin keinginannya terhadap lelaki-lelaki kerana sakit atau masa haidnya terlalu lama dan sebab-sebab lainnya. Sementara lelaki itu tidak tahan dalam waktu lama tanpa wanita. Adalah lebih baik sekiranya diperbolehkan untuk lelaki itu menikah dengan wanita yang halal daripada bergelumang dengan maksiat.
Selain itu jumlah wanita terbukti lebih banyak daripada jumlah kaum lelaki, terutama setelah terjadi peperangan yang memakan banyak korban dari kaum lelaki dan para pemuda. Maka di sinilah letak kemaslahatan sosial dan kemaslahatan bagi kaum wanita itu sendiri. Iaitu untuk menjadi bersaudara dalam naungan sebuah rumah tangga, daripada usianya habis tanpa merasakan hidup berumah tangga, merasakan ketenteraman, cinta kasih dan pemeliharaan, serta nikmatnya menjadi seorang ibu. Kerana panggilan fitrah di tengah-tengah kehidupan berumah tangga selalu mengajak ke arah itu.
Sesungguhnya ini adalah salah satu dari tiga pilihan yang terpampang di hadapan para wanita yang jumlahnya lebih besar daripada jumlah kaum lelaki. Tiga pilihan itu adalah:
1. Menghabiskan usianya dalam kepahitan kerana tidak pernah merasakan kehidupan berkeluarga dan menjadi ibu.
2. Menjadi bebas (melacur, untuk menjadi umpan dan permainan kaum lelaki). Muncullah pergaulan bebas yang mengakibatkan banyaknya anak-anak haram sehingga menjadi beban sosial bagi masyarakat.
3. Dinikahi secara baik-baik oleh lelaki yang mampu untuk memberikan nafkah dan mampu memelihara dirinya, sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat.
Tidak diragukan bahawa cara yang ketiga inilah yang adil dan paling baik serta merupakan obat yang mujarab. Inilah hukum Islam.
Allah berfirman:
“Dan hukum siapakah yang lehih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.” (Al Maidah: 50)
entri baru di .Dunia Sebelah Zara. amat sensitif kali ini dan banyak kaum perempuan yang melatah.
boleh teka? HONEY aka madu. Sensitif untuk semua orang perempuan ku rasa.
Di zaman belajar dulu; kawan aku pernah bertanya apa pendapat aku tentang bermadu. Mungkin aku seorang yang aneh; di antara 12 penghuni dorm itu; aku tak kesah hidup bermadu. Ya; semua orang mempunyai pendapat sendiri dan selalunya aku lain dari yang lain. kan aku dah cakap; aku unik.
Kenapa Allah benarkan lelaki berkahwin 4 dan tidak pula perempuan?
Di mana manisnya di sebalik perkataan bermadu itu?
Aku ada kelebihan; kalau orang putih "Sixth Sense"
dan sejak dari dulu aku dapat rasakan aku akan hidup dalam dunia ini. Dunia yang orang luar pandang serong dan penuh fitnah ini. Ah! persetankan dengan orang luar. Allah itu yang menulis semua hukum hakam dunia. Bukan mereka. Dan aku percaya dengan setulus hati aku hukum yang Allah tetapkan itu ada hikmahnya!
Aku sedia untuk hidup bermadu. Kenapa? memang Allah benarkan! Jadi semua orang perempuan patut akur. Bukan mudah untuk hidup bermadu; berat tanggungjawabnya ke atas lelaki. Walaupun aku terbuka dengan topik ini, aku akan izinkan suami aku untuk hidup bermadu... aku letakkan syarat-syarat untuk bermadu.
Syarat-syarat yang secara am semua orang sedia maklum; Klise.
(1) Harta
Aku mahu dia adil seadil adilnya untuk aku dan anak-anak aku. aku tidak akan mengeluarkan wang sesen pun untuk kehidupan dan pelajaran anak-anak aku selepas dia berkahwin lain. semua itu adalah di bawah tanggungannya. jika dia tidak beri; jawablah dia dia akhirat sana kepada aku, anak-anak aku, ibu dan bapa aku dan kepada Allah.
Adapun orang yang lemah (tidak mampu) untuk mencari nafkah kepada isterinya yang kedua atau khuatir dirinya tidak mampu berlaku adil di antara kedua isterinya, maka haram baginya untuk menikah lagi, Allah SWT berfirman,
“Jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja…” (An-Nisa’: 3)
(2) Agama
Didik aku dan bersumpah padaku bahawasanya aku akan masuk Jannatul Firdaus! Jika tidak; aku akan cari dia. Jika dia di syurga dan meninggalkan aku di neraka. Akan aku ketuk pintu syuga sehingga Ridwan pun meluat mendengar ketukan aku yang bertalu-talu itu.
(3) Kesihatan
Jika aku sakit, tidak mampu memberinya zuriat atau tidak mampu melayannya lagi. Aku izinkan
(4) Janda dan latar belakang yang elok
Aku galakkan dia untuk berkahwin dengan janda dan dia dari latar belakang keluarga yang elok.
(5) Pinang
Aku sendiri yang akan meminang perempuan itu.
Jika kelima-lima syarat ini atau gabungan di antara 2 atau lebih suami aku berjaya penuhi. Aku izin kan dia berkahwin dengan hati yang terbuka dan penuh keikhlasan dengan harapan kami semua akan bahagia untuk selama-lamanya. InsyaAllah; Amin.
* * * * * *
nota kaki :
(1) bermadu; aku tidak akan hidup bermadu atau dalam bahasa kasarnya merampas suami orang. aku izinkan suami aku untuk berkahwin lagi jika itu memang yang terbaik untuk aku dan keluargaku.
(2) pernah tunang dan suami orang ingin kan aku. tapi aku tolak. tak sanggup rasanya membuat air mata perempuan lain jatuh. ah! aku pentingkan "Sisterhood"
(3) aku masih single. ini hanyalah persediaan aku. memang aku akan terluka; tiada perempuan mendoakan untuk bermadu. cuma ini persediaan. lelaki bukannya boleh percaya. tapi jika ini berlaku; aku ingin dia berterus terang saja.

No comments:
Post a Comment
Mereka Pun Berbicara