Wednesday, February 9, 2011

Pelangih. dowh!

Mana lagi penting? Apa yang membuatkan kedua-dua perkataan ini berbeda? Apa yang menentukan yang mana lebih penting? Apa yang aku faham tentang kedua-dua perkataan ini?

Dalam kehidupan aku, acapkali aku diberi kesempatan menemui cinta. Cinta itu indah; luka melukai itu adat bercinta, jadi ia normal jika sesekali engkau mengalirkan airmata untuk cinta. Cinta penting bagi kamu? Bagi aku cinta datang dan pergi sesuka hati. Bagi aku, cinta itu pelangi yang hanya mengaburi mata kita saja. Cinta tak kekal; yang setia itu sayang. Kenapa aku bertanggapan begitu? Entah, sebagai manusia biasa, emak dan abah sering mengucapkan rasa sayang mereka; bukan cinta. Sebagai seorang guru; “Saya sayang kamu sbb itu saya nak kamu berjaya” sayang; bukan cinta. Sayang itu tak berbelah bahagi. Sebagai hamba Allah; pabila aku diuji “Allah sayang aku, sebab itu dia turunkan aku ujian” hatiku memujuk aku, sayang; bukan cinta. (Meratap aku keseorang setiap malam agar Dia takkan pernah hilang rasa sayangNya kepada aku. Menangis aku setiap malam mengenangkan aku sebagai kekasihNya tidak dapat memberi sayang sebagaimana Dia menyayangi aku. Cemburu aku kepada diriNya yang masih setia dan aku; kadang-kadang aku alpa dengan sayangNya yang setia menemani aku. Aku ingin menjadi kekasihNya yang mampu menyayangiNya sepertimana Dia menyayangi aku)

Seorang sahabat pernah berkata kepada aku, selepas perkhawinan rasa cinta tak wujud; hanya kasih sayang yang mendalam dan sebuah tanggungjawab untuk menjaga pasangan yang dipikul di kedua-dua belah pihak. Sahabat seorang lagi turut berkata; aku tidur berpelukan 2 minggu saja, lepas tu rimas lah. Cinta itu pada aku nafsu yang sementara; nafsu yang manusia tak dapat kawal. Sayang itu adalah tanggungjawab yang membuatkan manusia lebih matang. Sayang itu membuat manusia lebih bijak dalam menangani masalah dalam hidup berpasangan, sayang itu membuat manusia menerima baik buruk pasangannya dan pada masa yang sama masing-masing cuba untuk berubah menjadi lebih baik untuk tidak menjatuhkan air muka pasangannya, memenuhi impian pasanganya untuk menjadi lebih sempurna.

Orang bercakap tentang pelangi yang hadir hanya sekejap sahaja. Dan aku bukan pelangi.

Sayang itu bulan, ada dimana-mana. Cantik pada waktu malam, setia menemani bumi pada waktu siang. Dari kelam, menjadi segaris cahaya, sedikit sedikit dia hadir dan pada malam ke 15 dia sempurna...bulan....

Dan aku ingin menjadi bulan itu.

No comments:

Post a Comment

Mereka Pun Berbicara