Wednesday, November 10, 2010

Saya

Nama saya Wan Nurayuni Bt Wan Mohd Arifin. Saya suka orang panggil nama saya menggunakan nama penuh sebab maksud nama saya sangat cantik. Cahaya Mataku. Saya adalah Cahaya Mata pertama untuk kedua ibu bapa saya. Dan saya ingin menjadi Cahaya Mata untuk semua orang.




tapi



Saya sangat degil, baran dan penuh emosi. Saya juga bukan seorang yang penyabar dan selalu bertindak mengikut kata hati. Saya sentiasa ingin menjadi pemenang dan saya susah untuk mengaku kalah. Saya seorang yang over sensitif dan ego pada masa yang sama.
 


Kelebihan saya adalah kekurangan saya dan kekurangan saya adalah kelebihan saya.


Saya tidak mudah putus asa, tapi jika saya sudah berputus asa....tiada siapa yang boleh menyelamatkan apa-apa. Saya mudah sayang orang, tetapi jika saya benci, org itu mati di hadapan saya pun saya buat tidak perduli. Hati saya tak mudah dilukai, tapi bila saya terluka...bukan mudah untuk diubati...



Dah lama saya tidak mengambil angin petang.
Oh ya. saya suka bunyi ombak, bau selepas hujan dan bau rumput yang baru dipotong. 
Selepas setahun, petang tadi saya kembali ke pantai, mendengar bunyi ombak.
sebab saya rindukan ombak.


No comments:

Post a Comment

Mereka Pun Berbicara