Sunday, November 14, 2010
Khitbah?
Lepas apa yang terjadi pada aku bulan lepas mengubah perspektif hidup aku tentang Khitbah. Kalau sebelum ini aku rasa khitbah tu tak penting; aku silap. Khitbah itu penting. Kenapa perlu Khitbah??
1. Nak tahu lelaki itu serius atau tak? Try tanya ini "Jom tunang?" Kawan aku cakap, kalau orang lelaki tu serius nak kat seseorang perempuan, dia takkan ragu-ragu untuk bagi jawapan Ya atau yang sama maksud dengannya. Kalau dia bagi alasan; sila tinggalkan dia. Bagaimana nak bertunang? dia akan fikir selepas dia bagi jawapan. lol. tapi lagi beruntung si perempuan jika lelaki itu yang nak bertunang dengan dia. tapi tapi tapi... wujud lagi ke lelaki yang mcm tu?
2. Sebab untuk mengelakkan kes potong line. hahaha~
3. Untuk memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bersedia dari segi jasmani, fizikal dan mental. Especially bagi mereka yang baru kenal; boleh at-ta'arruf kan? ngeh ngeh ngeh~
4. Semasa khitbah juga pasangan boleh melakukan persediaan untuk berkahwin especially dari segi kewangan. ye la. bila dah bertunang rasa semangat sikit nak simpan duit. bila tak bertunang nie, kira nak makan, upgrade gadgets, beli baju, bayar bil2 yang bukan2 aje. Pastu rasa semangat sikit nak habiskan belajar and nak kerja. kan kan kan? ye laa...mau kawen maaa~
------------------
kalau ada orang nak Khitbah aku, aku taknak buat besar2. Make up pun aku make up sendiri. eh. tak make up lah. aku pakai baju kurung saja. eh! taknak juga, aku pakai seluar saja. Kalau orang zaman dulu2 pakai kain batik, buat air.. pastu time datang hantar air tuh. Parents pun tanya, muka merah2 pastu lari masuk dapur balik. Cis! sila terajang aku kalau aku buat perangai huduh mcm tuh. kejadah apanya kalau dah kenal bertahun2 nak buat muka malu2 lari masuk dapur. cis! sekali lagi. kejadah apanya aku lari masuk dapur, kejap lagi nak keluar dating ngan dia. boleh plak cakap nak bertunang dengan aku time2 nie juga,. *woh! tinggi sungguh imagination aku*
teringin sangat ada lelaki yang datang minta terus kat abah aku, mcm abang kawan aku buat. sangat cool abang dia. lol.
berapa lama? aku rasa maksimum untuk bertunang nie setahun saja. unless aku nak buat wedding mcm sheikh muzaffar tuh, maybe 10 tahun. gile kau, simpanan aku takde lagi kot. haihs!~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
Mereka Pun Berbicara