Tuesday, November 9, 2010
Collage Of Our Life; You and I
Filem yang membuatkan aku jatuh hati pada seni fotografi dan fotografer 5 tahun yang lalu. Jalan cerita yang agak ringkas, tentang keegoan seorang lelaki yang tidak berjaya dalam kehidupannya.
Watak utama Makoto Segawa. Kehadiran Shizuru Satonaka secara tidak dirancang telah mengubah kehidupannya. Makoto adalah seorang jurugambar dan Shizuru seorang wanita yang periang tapi jalan hidupnya penuh dengan liku. Pergolakkan berlaku apabila Shizuru mula mempelajari seni fotografi daripada Makoto, dan hasil secara spontan itu telah membuat gambar-gambar Shizuru mendapat pengiktirafan. Terasa keegoannya tercabar, Makoto bergaduh dan berpisah dengan Shizuru dan dia berjanji akan mencari Shizuru apabila beliau berjaya dlm bidang fotografi. Selepas 3 tahun, Makoto masih belum mencapai apa yang beliau kejarkan. Pada satu hari, Makoto mendapat undangan daripada Shizuru untuk menghadiri exhibitionnya di New York. Masih ego. Selang beberapa hari, Makoto mendapat berita Shizuru telah meninggal dunia setahun yang lepas sedangkan jemputan yang beliau terima bertarikh seminggu... tengok sendiri endingnya.
Pertama kali menonton, terus bercita-cita menjadi Shizuru. Nak berjaya, setia dan mati dalam penungguan. hahahaha. apa punya cita-cita daaa~
Shizuru Satonaka : watak yang menarik. periang, peramah, menjadi perhatian dan paling penting setia menanti dan memberi ruang kepada kekasih hati.
Makoto : Ego. ah! aku tak suka Makoto. Akibat keegoanya dia meninggalkan Shizuru. Bodoh punya lelaki
Moral yang aku dapat daripada cerita ini, lelaki dan keegoan mereka. Tak boleh ka kalau bekerjasama dengan perempuan tu untuk berjaya? Kenapa nak bergerak seorang diri?? Kalau macam tuh, tak payah la nak bercinta. Bukankah dalam sesuatu perhubungan perkongsian itu penting? Dah terlambat.... penyesalan Makoto itu dah tak mampu untuk mengubah apa-apa sbb Shizuru dah mati. padan muka.
Apa yang best dalam cerita ni? Cinematografi and Piccas!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku suke moral of the story yg ko bg...
ReplyDeletebetul...watpe bercinta kalo mau bergerak sendirik!!!! argh!!! lelaki!!!