Masa kecit-kecit dulu aku nak jadi doktor. Maka adik-adik aku selalu menjadi mangsa, juga benang jahit mak aku. Owh. Apsal benang jahit? Sbb tiub oksigen akuarium abah aku tak cukup panjang. Yup. Aku letak benang dalam hidung adik aku, tarik ke kipas naik ke alang rumah. Rugi kerajaan malaysia x ambil aku jadi doktor.
Bile besar sikit, dah tahu mana jantan mana betina, aku dah taknak jadi doktor. Mak aku yg keje nurse tuh pun baju berbakul-bakul tak lipat. Aku dan adik-adik dibesarkan dgn lauk singgang dan budu abah. Oh heaven time tu. Cita-cita aku nak jadi surirumah tangga. Maka pokok bunga kertas, bunga raya dan pisau mak aku menjadi mangsa. Pukul 9pg kawen, 915 perut dah kembung dengan kain batik yg aku rembat dari ampaian. 930 aku dah ada baby yg dibuat dr kain batik dan getah gelung. Zaman tuh mampu tngok barbie doll dlm tv saja. Oh. Kena masak sbb pukul 12 suami nak balik. Lol. Isteri solehah kan aku?
Naik darjah satu KFC baru bukak kat kangaq. 1st time pergi kfc aku jeles dgn kakak cashier tuh. Mesti dia selalu curi makan ayam kfc! So cita-cita aku nak keje kfc sbb boleh curi makan ayam tetiap hari
Masuk sekolah rendah darjah 6 ada sekumpulan wartawan datang sekolah nak memperkenalkan kelab kewartawanan. Dah aku nak jadi wartawan pulak. Best nak ambil gambar and interview artis. Ces! Ape la aku pikir time tu kan?
Masuk sekolah menengah aku minat kh and english. Minat tahap sawan sampai everytime cikgu tu marah aku pun aku anggap tu di angin lalu saja, klau budak lain mau dah lekat coklat hacks kat cermin kete diorg. So aku teringin nak jadi tukang masak n cita2 aku nak berjalan ke luar negara mcm Ceh Wan. tp pada masa yang sama niat nak menjadi cikgu bahasa inggeris telah lama tertanam di hati aku. Naik tingkatan tiga cita-cita aku nak masuk salam perantauan. Aku cerita kat mak aku, aku tunjuk helaian perdana.
"mak, satu hari nanti along akan masuk dalam ni, wish mak hari raya"
Mak aku cakap "dalam mimpi"
Cis!! Sampai hati mak aku. Tp aku jadikan itu sebagai cabaran dan 2005 Wan Nurayuni binti Wan Mohd Arifin dengan bangganya mengucapkan salam lebaran kepada kaum keluarga dan sahabat handai di malaysia! Yeah! Cita-cita aku tercapai.
2008 cita cita aku nak sambung master dalam educational pschology di universiti kebangsaan malaysia. Universiti pertama yg aku jejak kaki pada 2001. Dan aku akan pastikan aku akan dapat melanjutkan pelajaran aku di uni ini one day. Ini janji aku.
No comments:
Post a Comment
Mereka Pun Berbicara