"Cemburu itu milik lelaki, bukan wanita"
Lama aku fikir apa maksud ayat di atas. 3-4 hari juga tidur aku bertemankan bait-bait itu. Kenapa cemburu itu milik lelaki?
Aku banyak menganalisa tentang kehidupan semasa aku memandu. Ayat di atas menjadi topik aku malam ini. Cemburu milik lelaki....pelikkan?
Petang tadi aku dapat sms dari salah seorang pembaca blog ini. Tentang lelaki.
"babe...aku sebenarnya in a rlthsp.tp aku keliru, dulu dia ajak trial. pastu ajak series but the way he's behaving now cam x series jer. so aku keliru la... sengal kan.
aku reply
"lelaki memang lampi"
bagi pendapat aku kenapa wujudnya bait-bait di atas sebab lelaki nie takde perasaan. so bila ada perasaan cemburu baru lah dia boleh menghargai seorang wanita itu.
so in order nak buat lelaki tu nampak perempuan itu; perlu ke buat diorg cemburu???
takkan bila dah sampai tahap ada orang ketiga yang sayangkan kekasihnya; baru dia mula nak gelabah? baru nak buat move? ntah la. kadang-kadang makin cuba paham kaum Adam nie, makin terasa banyak yang kita tak tahu.
Sekeras-keras hati perempuan, dapat bunga daffodil tepi jalan pun dia cair babe. so bila kekasih tinggal-tinggalkan dia...bila dia mula berpaling arah...mula meluaskan empayar persahabatnya..maka bertemulah Si Hawa dan Si Adam yang baru. Nak pulak Si Adam ini jenis suka melayan Si Hawa. Maka goyanglah hati Si Hawa melihat keikhlasan Si Adam. Nampak di sini apa yang berlaku? Yup, Si Adam yang pertama tidak cemburukan Si Hawa; terlalu percayakan Si Hawa takkan berubah hati. So bila dah nampak keseriusan Si Adam yang kedua terhadap Si Hawa; mulalah Si Adam pertama nampak Si Hawa kan? Tapi bayangkah kalau Si Adam ke dua masih bersungguh-sungguh terhadap Si Hawa; hati Si Hawa lembut Adam-Adam sekalian... Si Adam kedua pula mempunyai masa depan yang cerah, janji-janji yang ditaburkan meyakinkan... dengan konfiden Si Adam kedua terus berjumpa Bonda dan Ayahanda Si Hawa. Oh! Si Adam pertama hanya perlu mengigit jari sahaja. Maka tamatlah kisah cinta Adam dan Hawa yang dibangga-banggakan itu.
Lihat? Kenapa perlu ada cemburu pada lelaki? Si Adam patut ambil tahu tentang Si Hawa. Kalau dalam bahasa kasarnya; kongkong. Sedikit kongkongan tak mengapa. untuk kebaikan bersama.
Itu yang aku dapat fikir lah...fikiran aku lain dari korang semua. so maybe ada salahnya kan?
p/s pembaca blog, apa yang kamu nak lakukan?
No comments:
Post a Comment
Mereka Pun Berbicara