Saturday, November 20, 2010

2010

15 November 2010.

Hari yang agak memenatkan dengan aktiviti di sekolah. Selepas habis saja Anak Gemalai Sulur buat persembahan aku terus balik ke rumah. Terjelupuk di atas katil. Kepala masih melakukan perhitungan untuk pergi berjumpa Si Kacak atau tidak. Mata layu kemudiannya tertutup rapi.

230 si kacak call, suruh aku ke sana. Dengan mata sebelah terbuka aku menyarung tudung dan mencapai kunci kereta di atas meja. Kereta dah melepasi had untuk dihantar sevis, esok nak balik kampung lagi. Oh! Habislah Jesse saya. Atas bridge terus hantar txt kepada si kacak. Meluat dengannya yang sering buat saya tertunggu2. Hantar txt awal "dah sampai" dengan harapan dia dah terpacak depan pintu hotel. Malas betul nak tunggu.

Seperti yang ku jangka terjadi (sila nyanyi rentak kru)tak nampak batang hidung dia lagi. So aktiviti biasa; tunggu dia. Dalam hati meluat. Dia turun dlm keadaan muka yang berbekas; oh tidur rupanya. Kesian; penat kerja mungkin. Takpe lah, aku yang drive saja. Tiba2 si kacak suruh masuk parking. Eh? Tapi aku ikutkan aja. Kepala pun masih blur akibat tidur tidak cukup.

Maka berjalanlah aku dalam keadaan separa sedar menuju ke kedai Mapley Fajar. Ku pusing ke kanan si kacak tak ada. Ehh??!! Pusing ke belakang, dia berada di pintu masuk kedai *cough* jewellery *cough*

And the story goes on and on and on... *big grin*

No comments:

Post a Comment

Mereka Pun Berbicara