aku paling suka orang bernama Wan, bukan sebab pangkal nama aku Wan...just aku rasa mcm ada setitis darah pendekar bangsawan yang mengalir di dalam urat saraf aku. yang membuatkan aku istimewa dari orang lain. bukan kasta...cuma sedikit keistimewaan...setiap kali orang memanggil aku Wan, terasa seperti kuasa. teringat ceritera yang dikhabarkan bonda tidak lama dulu tentang asal usul kami...
"Cahaya Mata"
cantik kan maksud nama aku? aku sangat berbangga mempunyai nama yang sebegini indah. nama ini sendiri pun menunjukkan betapa kedua ibu bapa aku amat menyayangi aku sebagai manusia kedua yang istimewa di hati mereka. aku sentiasa ingin menjadi "cahaya" mereka
tapi sayang...
aku lambat menghargai keluarga aku. aku tak rapat dengan mereka. seingat aku, perasaan "kepunyaan, rindu dan sayang" itu wujud semasa aku menuntut ilmu di negara Kiwi. di saya aku belajar tentang erti keluarga. even angah pun akur statement aku ini. ahhh~ aku terlalu ego barangkali. aku selalu terfikir aku boleh hidup tanpa siapa-siapa di sekeliling aku. hakikatnya, pusat aku adalah bukti nyata aku kepunyaan ibuku, bapaku dan adik-adik aku.
aduh! sudah 26 tahun aku hidup.
apa yang aku dah berikan kepada mereka? terlalu banyak impian aku especially untuk bonda dan ayahanda. aku ingat lagi janji aku pada bonda, nak hantar dia ke Mekah before aku kahwin. bilalah impian aku itu akan menjadi kenyataan?
aku bukan seorang blogger.
aku juga bukan seorang photographer.
aku hanyalah cahaya mata untuk sepasang suami isteri.
argh!!! aku pun tak paham apa yang aku nak sampaikan...dalam kepala aku sekarang mcm web labah-labah yang aku tngok di Aquaria...bersimpang siur dan merbahaya. jadi aku berhenti dulu penulisan aku untuk hari ini.
teringat akuarium-yang-bapak-tinggi-dan-besar dalam Aquaria. tenang sangat dapat lihat ikan-ikan berenang...
korang tak rasa sia-sia ke baca entri kali ini?
No comments:
Post a Comment
Mereka Pun Berbicara