aku akui, manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan. pada aku manusia nie tak sempurna. manusia mmg diciptakan untuk tidak sempurna. Nabi aku pun tak sempurna, sbb tuh Allah perintahkan Jibril belah dadanya, lalu keluarkan hatinya untuk dibasuh dengan air zam-zam.
sempurna itu pada dasarnya bergantung kepada individu terbabit.
aku tidak pernah marah sekiranya ada manusia-manusia ini melakukan kesilapan dan kesalahan pada aku, siapalah aku untuk tidak memaafkan mereka? Ya, Allah kata dosa-dosa besar Dia akan ampunkan, tetapi dosa sesama manusia...kamu rayulah manusia itu untuk memaafkanmu. aku maafkan semua manusia yang pernah melakukan kesilapan, kesalahan dan mungkin ada yang telah mengguris perasaan aku. aku manusia kerdil, kita manusia kerdil. aku juga pinta sebuah kemaafan sekiranya aku ada melakukan sebarang kesalahan.
tapi aku marah akan diri aku sendiri atas kebodohan aku. aku tak belajar dari kesilapan masa silam aku. aku patut sedar apa yang aku alami itu Deja Vu dan aku patut menghindari segalanya dari sejak mula lagi.
ah~ bodoh sungguh aku.
dan aku akan belajar...
supaya menjadi pandai~
No comments:
Post a Comment
Mereka Pun Berbicara