Kamu pernah dapat hidayah tak? erms...pertunjuk maybe?
tidur aku jarang bertemankan mimpi. dan jika ada pun mimpi-mimpi aku berkenaan aku kehilangan keluarga aku dan gigi aku longgar dan patah. acapkali aku terbangun dengan air mata mengalir dan bantal yang basah.
3 tahun dahulu, aku berkawan dengan budak dan as always perhubungan kami tak kekal. so a week before aku dan dia putus, aku bermimpi. Masa tu ada la berlaku pergolakkan sket... dan kebetulan, budak2 rumah aku pun semua mengalami pergolakan. haha. so almost semua rakan-rakan aku membuat solat istikarah; kecuali aku. bukannya aku tak nak buat; mungkin aku merasakan solat istikarah itu hanyalah dilakukan pabila aku betul2 buntu dalam membuat pemilihan untuk menentukan pasangan aku; hati aku tak terdetik langsung untuk memilih solat istikarah. lagipun orang cakap, solat istkarah ini dilakukan sekiranya aku betul-betul tenang dan 50-50 meaning kedua-dua pilihan itu baik, cuma aku ingin yang terbaik untuk aku. kan? dan aku masih tidak tenang masa itu
jadi bangunlah sahabat-sahabat aku setiap malam sujud kepada yang Esa memohon pertunjuk... lama jugak la perkara ini berlanjutan.
so berbalik kepada cerita aku,
pada suatu hari, aku menjadi guru pengiring untuk satu rombongan ke satu pergunungan bersalji. ketika sedang menikmati panorama alam, aku tergelincir dari tebing gunung itu dan terjatuh. kemudian aku tersangkut di dahan pokok (mcm dalam movie selalu buat). di atas kepala, aku terdengan jerit pekik pelajar2 aku, "cikgu!!! cikguuu!!" kemudian "ustaz! ustaz!" ehh!! ustaz mana plak? aku nampak ada seorang lelaki turun untuk menyelamatkan aku. lelaki itu menarik aku untuk melepaskan aku dari ranting pokok. dia memakai baju dan seluar putih (dramatik abes). dia cuba memanjat pokok itu dan menarik aku ke dalam pelukannya. suddenly, of course lah pokok itu tak mampu menampung berat aku dan mamat tu, so kami pun terjatuh... rupa-rupanya takde laaa tinggi mana pun. but yang aku hairankan... badan aku langsung tak jatuh atas bumi. aku berada di atasnya...di dalam pelukannya. seolah-olah dia akan menjaga aku selamanya....kemudian aku terjaga.
jam pukul 2am. aku terduduk atas katil...kemudian aku pikir, pertunjuk ke nie? aku tak minta, tapi aku yang dapat. aku takut nak tidur sbb selalunya aku akan lupa mimpi aku (kononnya nak cerita la kat kawan aku). jadi aku buat keputusan, jika benar ini pertunjuk dari Allah, aku akan bangun pagi esok dan mimpi ini masih segar dalam ingantan ku. dan Alhamdulillah, sampai hari ini aku masih ingat mimpi itu dengan jelas. seminggu selepas itu, ex aku tu hilang mcm tu saja. and aku plak...ntah la, terima saja.
aku seolah-olah percaya dengan mimpi tu; dengan janji Allah kepada aku. aku dah lupa if aku ada ceritakan mimpi ni pada siapa tapi aku ada bertanyakan kepada sahabat2 ku bagaimana Allah nak beri pertunjuk? diorang cakap mungkin secara direct semasa solat; meaning ko dapat imbasan or mungkin juga dalam mimpi. ada seorang sahabat pernah bertanyakan aku nampak tak wajah lelaki dalam mimpi aku...tak aku tak nampak...dia tak kurus! aku peluk dia dan aku mungkin tahu nanti..
dan aku yakin aku dah temui orang itu...
dan aku dah kehilangannya...
mungkin juga itu hanyalah sekadar mimpi aku bukan janji...
dan semalam aku bermimpi lagi...
No comments:
Post a Comment
Mereka Pun Berbicara