alhamdulillah aku dilahirkan oleh sepasang suami isteri yg boleh dikatakan skema dalam bab keselamatan jalan raya. skema? ya, mak dan abah aku sangat skema. setiap kali bontot ini melabuhkan dirinya ke atas kusyen kereta yg empuk itu "Pakai seat belt!!" Ya. itulah parents aku. Kalau duduk di kerusi penumpang bahagian belakang pun sama, manakan lagi di hadapan. masa kami kecik2 dulu, aku dan adik aku (Angah) selalu berebut untuk duduk di kerusi depan, mungkin kerana untuk mendapatkan pemandangan yg lg indah. lepas tu kami akan keluarkan kepala kami melalui tingkap. Muksin keluar tangan je. abah aku dengan cepat2 menutup cermin tingkap, maka tersangkutlah kepala kami berdua di situ. Tskkk. (kejam kan)lepas tu baru sedar, tidak memakai tali pinggang keledar
Tali pinggang keledar. kenapa aku bersyukur dilahirkan oleh mereka. kerana mereka lah aku terselamat dari kemalangan kereta. kalau tidak, tak dapatlah aku meroyan di sini tentang kepentingan tali pinggang keledar.
masa aku mula2 sampai di SMK Teluk Bahang, aku sering diketawakan berdekah-dekah oleh sahabat aku kerana aku dengan automatiknya akan menarik seat belt setiap kali menumpang kereta mereka. bukannya aku ingin menghina atau mengeji tentang ke-terer-an mereka memandu, tetapi aku dah biasa memakai tali pinggang keledar. kalau aku tak pakai apa akan terjadi. terlanjang. ya aku seakan2 sedang bertelanjang bulat di depan khayalak ramai smbil menari poco-poco dengan konfidennya. sumpah, walaupun rumah aku dgn sekolah tak smpai 500m aku tetap pakai tali pinggang keledar, dari pejabat ke asrama yg kalau aku berjalan kaki pun peluh tak sempat keluar, aku tetap pakai tali pinggang keledar.
Selepas kejadian yg konon2nya akan membawa maut itu, aku bersyukur kerana aku dah dilatih dari kecil untuk memakai tali pinggang keledar. kawan-kawan aku pun sudah mulai insaf dengan tabiat lama mereka. meraka mula belajar untuk memakai tali pinggang keledar.
Alhamdulillah
p/s aku dah mula pissed off sbb YM tak boleh on.
No comments:
Post a Comment
Mereka Pun Berbicara